AGENDANASIONAL

Pelbagai aktiviti MR.D.I.Y. sambut 1,000 cawangan di AEON Shah Alam

SHAH ALAM, 5 JAN: Peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, MR.D.I.Y. Group (M) Berhad (MR.D.I.Y.), memulakan tahun ini dengan sambutan 1,000 cawangannya seluruh Asia di AEON Shah Alam di sini selama tiga hari sehingga hari ini.

Naib Presiden Pemasaran MR.D.I.Y., Andy Chin berkata, pihaknya amat berbangga kerana berjaya mencapai cawangan ke 1,000 dan menyambutnya di pasar raya terkemuka ini.

“Malah, saya rasa sambutan sebegini amat sesuai diadakan di sini kerana ini adalah kali pertama cawangan MR.D.I.Y. dan MR.TOY berada secara bersebelahan sekali gus dapat memenuhi keperluan isi rumah serta keperluan rekreasi seisi keluarga.

“Promosi dan aktiviti selama tiga hari adalah cara kami untuk menunjukkan penghargaan kepada pelanggan dan rasa terima kasih buat mereka kerana telah menjadikan MR.D.I.Y. sebagai peruncit perkakas rumah kegemaran ramai.

“Kami akan terus berkhidmat untuk lebih 270 juta pelanggan selain mengembangkan pengaruh dengan membuka lebih banyak cawangan supaya dapat memberi pelbagai kemudahan seiring dengan moto syarikat kami “Always Low Prices”, yang menekankan komitmen MR.D.I.Y. dalam menawarkan produk berkualiti pada harga mesra poket,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, sempena sambutan itu, MR.D.I.Y., AEON Mall Shah Alam, akan mengendalikan pelbagai promosi dan aktiviti dengan pelanggan boleh mendapatkan 1,200 unit payung percuma (MR.D.I.Y.) dan anak patung dinosaur (MR.TOY), bekas air, bekas kedap udara dan tuala (MR.D.I.Y.) dan tanah liat, kereta mainan serta “mazes” (MR.TOY) dengan hanya RM1.

Menariknya, pelanggan boleh menyertai permainan Pusing & Menang untuk berpeluang memenangi baucar tunai MR.D.I.Y. bernilai RM6,000, bekas kedap udara, pen (MR.D.I.Y.) atau mainan blok bangunan, tanah liat 5D, robot “transformers” atau “mazes” (MR.TOY) serta lukisan muka percuma, dengan setiap pembelian minimum di MR.D.I.Y. atau MR.TOY.

Bukan itu sahaja, 100 pelanggan pertama berpeluang mendapatkan hadiah baucar tunai RM10 MR.D.I.Y. dengan bekas kedap udara (MR.D.I.Y.) serta sarung tangan buih (MR.TOY).

Promosi dan aktiviti ini menjadi lebih menarik kerana pelanggan MR.D.I.Y. yang ke 1,000 untuk setiap tiga hari sambutan berlangsung akan membawa pulang semua barangan dibeli secara percuma selain menerima baucar tunai sama nilai dengan barangan dibeli.

Tambahan lagi, pelanggan juga berpeluang untuk menikmati bertih jagung dan gula-gula kapas sambil menonton persembahan magik dan pembentukan belon.

Orang ramai masih berpeluang untuk pergi ke MR.D.I.Y. AEON Shah Alam hari ini atau layari laman sesawang MR.D.I.Y., http://www.mrdiy.com/; laman dalam talian, www.mrdiy.com.my; Facebook dan Instagram, @mrdiy2u; laman rasmi Shopee MR.D.I.Y., https://shopee.com.my/mrdiy2u dan laman rasmi Lazada MR.D.I.Y., https://www.lazada.com.my/shop/mr-diy/ untuk maklumat lanjut.


Pengarang :