Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution (tengah) bercakap ketika sidang media selepas Majlis Kempen Beli Barangan Malaysia di Tesco Extra, Kajang pada 30 Januari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pembekal digesa tingkat pengeluaran topeng hidung, mulut – Saifuddin

KAJANG, 30 JAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengarahkan syarikat pengeluar topeng hidung dan mulut supaya meningkatkan pengeluaran bagi menampung permintaan tinggi susulan penularan koronavirus 2019 (2019-nCoV).

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata KPDNHEP telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengeluar mengenai perkara tersebut.

“Berdasarkan maklumat awal diberikan (pembekal) kerana cuti Tahun Baharu Cina, kilang pengeluaran topeng tidak beroperasi selama tiga atau empat hari. Bagaimanapun, selepas mendapat penjelasan ini, kita minta (pembekal) tingkatkan bekalan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution (tengah) merasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia di Tesco Extra, Kajang pada 30 Januari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Justeru, orang ramai tidak perlu risau memandangkan bekalan kembali pulih dalam masa terdekat. Dari mana sumber (topeng hidung dan mulut) yang penting kita akan pastikan bekalan tidak terganggu sesuai dengan permintaan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia di Tesco Extra Kajang di sini hari ini.

Saifuddin turut memberi jaminan bekalan topeng muka mencukupi bagi menjayakan misi membawa pulang 78 rakyat Malaysia yang masih berada di Wuhan, China.


Pengarang :