Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Mariah Mahmud (tiga, kiri) dan Pengurus Besar YAWAS, Gan Pei Nei (empat, kiri) bergambar bersama peserta yang terlibat ketika Majlis Pelancaran Program I-Asuh Selangor di Dewan Kampung Jenjarom, Jenjarom pada 18 Januari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCO SELANGOR

Pengasuh perlu bantu kembangkan minda anak jagaan

BANTING, 18 JAN: Kerja pengasuh bukan setakat memberi makan dan menjaga tidur anak jagaan sebaliknya perlu membantu perkembangan minda mereka , kata EXCO pemberdayaan wanita dan keluarga.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata perkembangan minda kanak-kanak aktif pada peringkat awal sekali gus memerlukan mereka diberi aktiviti bersesuaian.

Katanya i-Asuh  membantu meningkatkan ilmu penjagaan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan diberikan.

“Diseru penerima Skim Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) memanfaatkan program i-Asuh bagi menambahkan pendapatan mereka.

“Menerusi KISS mereka hanya menerima RM200 tetapi jika mengasuh kanak-kanak dalam tempoh sebulan mereka dapat pendapatan lebih, ” katanya pada Program i-Asuh di Dewan Orang Ramai Kampung Jenjarom di sini hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor, Gan Pei Nei dan Ahli Dewan Negeri Banting, Lau Weng San.


Pengarang :