AGENDAJENAYAH

Pengetua cemerlang disiasat terlibat amang seksual dengan pelajar

JOHOR BAHRU, 9 JAN: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor sedang menyiasat mengenai dakwaan seorang pengetua yang menerima anugerah cemerlang di negeri ini baru-baru ini, terlibat dalam amang seksual melibatkan pelajar sekolah.

Pengarahnya, Azman Adnan berkata pihaknya sedang menyiasat dakwaan berkenaan.

“Saya sedang siasat isu yang tular ini,” kata beliau secara ringkas melalui WhatsApp ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ketika ditanya bentuk tindakan yang akan diambil JPN Johor sekiranya dakwaan itu benar, beliau berkata: “bergantung kepada siasatan.”

Azman berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan seorang aktivis bahawa seorang pengetua sekolah menengah didakwa terlibat dalam aktiviti amang seksual dengan pelajar lelaki.

Pengetua berkenaan, yang baru-baru ini mendapat anugerah pengetua cemerlang, turut didakwa menghantar mesej-mesej berunsur lucah, yang kini viral dalam media sosial.

– BERNAMA


Pengarang :