Datin Dr Tan Yee Kew (dua, kanan) hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setapak terhadap Pengerusi Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah atas dakwaan menghasut. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Peniaga Uptown Danau Kota jangan terpedaya tawaran luar

SHAH ALAM, 11 JAN: Peniaga Uptown Danau Kota diminta tidak terpengaruh dengan tawaran pihak luar yang mengambil kesempatan susulan isu pemindahan ke tapak baharu.

Ahli Parlimen Wangsa Maju berkata terdapat pihak yang menawarkan bayaran keahlian RM150 bagi membolehkan peniaga menjaja semula di tapak lama.

“Tawaran itu satu penipuan kerana semua maklum tapak berkenaan sudah ditutup sepenuhnya pada 31 Disember lalu,” kata Datin Dr Tan Yee Kew selepas membuat laporan di Balai Polis Setapak di sini hari ini, lapor Sinar Harian.

Tindakan itu susulan peniaga dihasut membuat laporan palsu terhadapnya Ahad lalu, yang menyaksikan
157 laporan polis diterima setakat ini.

“Tindakan itu salah di sisi undang-undang, jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara enam bulan atau denda RM2,000,” kata Yee Kew.

Sebanyak 500 tapak baharu disediakan di Bazaria Wangsa Maju yang beroperasi 1 Januari lalu.


Pengarang :