Logo PJ City FC
SUKANKINI

PJ City FC sasar satu gelaran dan lima terbaik Liga Super 2020

PETALING JAYA, 18 JAN: Pasukan Petaling Jaya City FC berazam memperbaiki kedudukan lima terbaik serta memburu satu gelaran musim ini.

Skuad bimbingan K. Devan menggunakan khidmat pemain berpengalaman seperti pemain tengah K. Gurusamy dan D. Christie Jayaseelan serta pemain pertahanan, Mahali Jasuli dan Muhammad Syazwan Zaipol Bahari.

Musim ini, PJ City FC mengikat penyerang muda kebangsaan, R. Kogileswaran dan penjaga gol skuad bawah 22 tahun kebangsaan, Damien Lim.

Kelab tersebut juga mengekalkan penyerang import, Washington Brandao, pemain pertahanan Elizeu Araujo, kedua-dua dari Brazil, penyerang veteran, Mohd Safee Sali dan dua pemain muda dari skuad kebangsaan bawah 19 tahun, K. Thivandran dan K. Satish.

Pengurus pasukan, K. Rajendran berkata pasukan itu dalam proses mengikat pemain Korea Selatan, Kim Bong-Jin, 29, yang boleh bermain dalam posisi pertahanan dan tengah.

-BERNAMA


Pengarang :