Foto PLUS
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PLUS sedang muktamad kaedah pengurangan tol

KUALA LUMPUR, 21 JAN: PLUS Malaysia Bhd (PLUS) sedang berbincang dengan kerajaan untuk memuktamadkan skop dan mekanisme pengurangan kadar tol seperti yang diputuskan Kabinet minggu lalu, memandangkan tarikh pelaksanaannya pada 1 Februari.

“Ini adalah bagi mengesahkan status perjanjian konsesi sedia ada serta mengambil kira kepentingan pemegang sukuk kami,” kata Pengerusi PLUS Datuk Mohamad Nasir Ab Latif dalam satu kenyataan.

Pemegang konsesi lebuh raya terbesar negara itu berkata pihaknya menerima keputusan kerajaan untuk mengekalkan syarikat di bawah pemegang saham sedia ada iaitu Khazanah Nasional Bhd/ UEM Group Bhd (51 peratus pegangan) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (49 peratus).

“PLUS terus komited untuk memberikan perkhidmatan lebuh raya terbaik serta perjalanan yang selamat dan selesa dengan memanfaatkan inovasi untuk rakyat,” kata syarikat itu.

Pada 15 Januari lalu, Kabinet memutuskan PLUS kekal dengan pemiliknya ketika ini dan tempoh konsesi akan dilanjutkan bagi tempoh 20 tahun dari 2038 hingga 2058 dengan kadar tol dikurangkan sebanyak 18 peratus berkuat kuasa 1 Februari ini.

Kadar tol itu akan terus dikekalkan sehingga tamat tempoh konsesi.

-BERNAMA


Pengarang :