Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PM pangku sementara jawatan menteri pendidikan

SHAH ALAM, 10 JAN: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memangku sementara jawatan menteri pendidikan yang dikosongkan Dr Maszlee Malik pada 3 Januari lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dipersetujui jemaah menteri pada 8 Januari lalu.

“Keputusan ini berkuat kuasa pada 3 Januari 2020 dan Dr Mahathir akan memangku jawatan tersebut sehingga Menteri Pendidikan yang baharu dilantik,” kata kenyataan itu.

Pada 2 Januari lalu, Maszlee mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri pendidikan berkuat kuasa 3 Januari dalam sidang media di Putrajaya.


Pengarang :