Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan Ismael Haniyya (tiga, kanan) semasa menerima kunjungan pemimpin Hamas bersama delegasi itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

PM terima kunjungan hormat pemimpin Hamas

PUTRAJAYA, 22 JAN: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat daripada pemimpin Hamas Ismail Haniyeh dan delegasinya di pejabatnya di Perdana Putra, di sini.

Perdana Menteri dalam catatan di Twitter rasminya memaklumkan kedua-dua mereka membincangkan perkembangan terkini dan nasib yang menimpa rakyat Palestin dalam pertemuan kira-kira 45 minit.

Menurut catatan itu, pemimpin Hamas turut merakamkan ucapan terima kasih atas usaha Dr Mahathir yang membawa idea segar dunia Islam menerusi Sidang Kemuncak Kuala Lumpur pada Disember lalu.

Dalam pertemuan itu, Ismail turut menyatakan penghargaan atas usaha dan sokongan berterusan Dr Mahathir buat rakyat Palestin.

Ismail dilaporkan tiba di Malaysia semalam dalam siri lawatannya ke beberapa negara Islam antaranya Iran, Oman, Turki and Qatar.

-BERNAMA


Pengarang :