BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Program Bank Makanan Selangor dalam peringkat akhir bancian

SHAH ALAM, 15 JAN: Program Bank Makanan Selangor kini dalam peringkat akhir bancian sebelum dilancarkan dalam tempoh terdekat, kata EXCO Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar.

Haniza Talha berkata bancian senarai pemohon perlu telus bagi mengelakkan ketirisan disebabkan pertindihan nama penerima bantuan.

“Kita perlu menyelaras nama penerima bantuan bagi mengelakkan keluarga yang sepatutnya dibantu tetapi tidak menerima manfaat di bawah program ini.

“Contohnya ada orang dapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kemudian dapat pula bantuan agensi lain,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Haniza berkata program itu menyasarkan 2,000 keluarga yang tinggal di projek perumahan rakyat (PPR) perumahan kos rendah.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan dana permulaan RM5 juta bagi membantu golongan miskin bandar di negeri ini.


Pengarang :