Naib Pengerusi DAP Selangor Ng Suee Lim berucap pada Program Jamuan Makan Malam DAP Sekichan Tahun 2020 di DAP Sekichan pada 18 Januari 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Rangka pelbagai program tarik pelancong ke Sekinchan

SEKINCHAN, 19 JAN: Menjelang Tahun Melawat Selangor 2021, Ng Suee Lim mahu memperbanyakkan program menyeronokkan bagi menarik pelancong ke daerah ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan berkata mulai tahun ini beliau berazam untuk memperkemaskan beberapa perkara supaya pelancong berasa selesa untuk menikmati percutian di sini.

“Tahun hadapan adalah Tahun Melawat Selangor. Saya mahu memperkemaskan kawasan supaya Cuti-cuti Sekinchan dan Cuti-cuti Selangor dapat direalisasikan,” katanya selepas Jamuan Makan DAP Sekinchan 2020 yang berlangsung malam tadi.

Sebagai Speaker Dewan Negeri Selangor, beliau turut berazam untuk berkhidmat dan lebih cakna terhadap isu rakyat serta meneruskan kecemerlangan selepas dipilih menjadi wakil rakyat pada 2004.

Jamuan besar-besaran yang dianjurkan Suee Lim adalah tradisi diamalkan setiap kali menjelang sambutan Tahun Baharu Cina di samping mencari dana parti meneruskan gerak kerja.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 3,000 orang.


Pengarang :