AGENDAEKONOMI

Ringgit dibuka tinggi 4.0780/0830 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 29 JAN: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan minat sebahagian pelabur beralih kepada mata wang sedang pesat membangun berikutan kebimbangan baharu keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS yang akan datang dan laporan mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS, kata peniaga.

Pada jam 9.20 pagi, ringgit berada pada 4.0780/0830 berbanding dolar AS daripada 4.0840/0870 semasa ditutup pada Selasa.

Peniaga berkata pelabur memantau data yang dijadualkan dikeluarkan esok.

Katanya prospek asas dolar AS mungkin rendah jika Rizab Persekutuan AS menekankan kecenderungan akomodatif dengan tujuan mengekalkan kadar faedah pada tahun ini.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan naik kepada 3.0049/0091 daripada 3.0052/0076 berbanding dolar Singapura dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7358/7414 daripada 3.7526/7557 pada Selasa.

Mata wang tempatan menokok berbanding euro kepada 4.4940/4999 daripada 4.4985/5035 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.3104/3137 daripada 5.3210/3258 sebelum ini.

-BERNAMA


Pengarang :