AGENDANASIONAL

Ringgit tidak berubah berbanding dolar US pada pembukaan

KUALA LUMPUR, 3 JAN: Ringgit tidak berubah berbanding dolar US pada pembukaan pagi ini, menjelang tarikh penandatanganan perjanjian fasa satu antara Amerika Syarikat dan China, selain data ekonomi tempatan dan China yang meningkat.

Ringgit disebut harga pada 4.0880/0920 berbanding dolar US berbanding 4.0880/0930 pada penutupan semalam.

Ketua Strategi Pasaran Asia AxiTrader, Stephen Innes berkata jika kemajuan positif perjanjian perdagangan dan sentimen risiko global berkekalan, ini boleh meletakkan ringgit pada kedudukan yang baik untuk menyentuh tahap 4,050.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0349/0390 daripada 3.0329/0375 pada penutupan semalam, dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7691/7739 daripada 3.7529/7582.

Nota tempatan bagaimanapun mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3778/3834 daripada 5.3971/4058 dan meningkat berbanding euro kepada 4.5683/5732 daripada 4.5760/5824.

-BERNAMA


Pengarang :