Gimik pelancaran oleh Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman ketika Pelancaran Karnival Jom E-Bil Air Selangor di The Curve, Damansara pada 18 Januari 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ALAM SEKITAR & CUACABERITA UTAMA

Sasaran 600,000 pelanggan daftar e-Bil, jaga alam sekitar

PETALING JAYA, 18 JAN: Kira-kira 600,000 pelanggan disasarkan menggunakan e-Bil sehingga 30 April ini bagi meningkatkan kesedaran penjagaan alam sekitar serta mengurangkan penggunaan kertas, kata ketua pegawai eksekutif Pengurusan Air Selangor (Air Selangor).

Suhaimi Kamaralzaman berkata medium pembayaran menerusi aplikasi itu bertujuan menggalakkan pelanggan menerima bil air melalui aplikasi telefon pintar dengan lebih cepat dan mudah diakses.

“E-bil diperkenalkan sejak Januari tahun lalu seiring transformasi Air Selangor ke arah perkhidmatan digital.

“Bagi mengalakkan penyertaan kita anjurkan Peraduan Cari, Daftar & Menang di mana orang ramai digalak merujuk pelanggan lain menyertai e-Bil,” katanya pada sidang media selepas Karnival Jom e-Bil Air Selangor di The Curve Piazza, Damansara di sini hari ini.

Katanya pelanggan yang mempunyai rujukan paling tinggi berpeluang menangi pakej percutian ke luar negara dan 30 hadiah lain.

Pendaftaran e-Bil dari 1 Januari 2019 hingga 30 April ini berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bulanan iaitu rebat air sehingga RM10 selama 10 bulan serta hadiah utama cabutan bertuah kereta Myvi 1.5 Auto.

Pengguna boleh mendaftar di e-bil Air Selangor di laman sesawang https://update.airselangor.com/.


Pengarang :