Dr Siti Mariah bergambar bersama peserta ketika Majlis Simposium Cikgu Anak Istimewa Selangor (AnIS) 2020 di Bangunan IDCC, Shah Alam. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Selangor latih 1,202 Cikgu AnIS didik anak istimewa

SHAH ALAM, 12 JAN: Seramai 1,202 guru menerima latihan khusus dalam program Cikgu Anak Istimewa Selangor (AnIS) bagi mendidik anak-anak kelainan upaya di 452 taska seluruh negeri.

EXCO Pemberdayaan Wanita dan  Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud berkata sekurang-kurangnya empat tenaga pengajar terlatih ditempatkan di setiap pusat jagaan berkenaan.

“Sebelum ini, ibu bapa mengalami kesukaran untuk memilih pusat jagaan yang boleh menerima anak istimewa kerana tiada guru terlatih selain kos mahal.

“Namun, Selangor menjadi perintis dalam meningkatkan kemudahan kepada kanak-kanak berkeperluan khas sesuai dengan misi Melestarikan Pembangunan dan Kemakmuran Simetri serta Peduli Rakyat,” katanya selepas merasmikan Majlis Simposium Cikgu AnIS 2020 di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam di sini hari ini.

Setakat ini, seramai 650 anak istimewa didaftarkan di bawah jagaan taska berkenaan.


Pengarang :