AGENSISELANGOR

Selangor paling tinggi serbuan judi dalam talian pada 2019

SHAH ALAM, 7 JAN: Selangor, Sarawak dan Sabah menduduki tiga tempat teratas serbuan dan tangkapan judi dalam talian sepanjang tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkata Selangor tertinggi dengan 1,108 serbuan membabitkan 2,434 tangkapan, 243 barang rampasan seperti komputer, tablet serta telefon bimbit dan wang RM276,582, lapor Harian Metro.

“Sarawak kedua dengan 704 serbuan dan 886 tangkapan membabitkan rampasan RM157,983 diikuti Sabah sebanyak 436 serbuan dan 584 tangkapan dengan rampasan RM165,911,” kata Datuk Huzir Mohamad.

Katanya sebanyak 3,813 serbuan dilakukan di seluruh negara bermula 1 Januari hingga 11 Disember 2019 dengan 6,932 orang ditahan kerana terbabit dalam aktiviti berkenaan.

“Hasil serbuan kita merampas wang tunai RM1.36 juta dan 12,998 rampasan komputer, tablet dan telefon bimbit,” katanya yang bertegas untuk membenteras kegiatan itu dan menahan mereka terlibat mengikut peruntukan undang-undang.


Pengarang :