Mohd Khairuddin Othman berucap pada Sambutan Ambang Tahun Baharu 2020 Peringkat Selangor yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam malam tadi. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Selangor sasar kadar pengangguran susut kepada 2.5 peratus tahun ini

SHAH ALAM, 1 JAN: Mengurangkan kadar pengangguran kepada 2.5 peratus, antara agenda utama EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman tahun ini.

Katanya ketika ini kadar pengangguran di Selangor berada pada tahap 2.8 peratus.

“Kerajaan Negeri menjalankan pelbagai inisiatif bagi memastikan sasaran itu dicapai sebelum 2021 dengan mengadakan lebih banyak karnival kerjaya di seluruh Selangor.

“Saya yakin dengan usaha ini dan peluang kerja yang berjaya diwujudkan, kita mampu mencapai sasaran itu,” katanya pada Program Sambutan Ambang Tahun Baharu 2020 Selangor di Dataran Kemerdekaan di sini, malam tadi.

Mohd Khairuddin berkata pihaknya juga berharap Selangor terpilih sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2022, yang akan diketahui keputusannya bulan ini.

Katanya selain Selangor, tiga negeri lain turut membida hak penganjuran sebagai tuan rumah iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Sabah.


Pengarang :