Karnival Jom e-Bil Air Selangor di The Curve, Damansara pada 18 Januari 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Selebriti, warga maya puji inisiatif e-Bil Air Selangor

SHAH ALAM, 19 JAN: Inisiatif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melaksanakan aplikasi e-Bil dipuji kerana membantu mengurangkan penggunaan kertas, kata selebriti merangkap duta e-Bil Air Selangor.

Alif Satar berkata beliau yakin inisiatif itu turut membantu orang ramai mendapatkan maklumat lebih pantas menerusi telefon pintar.

“Saya alu-alukan orang ramai memuat turun aplikasi e-Bil Air Selangor dan anda berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi aplikasi ini,” katanya selepas Pelancaran Karnival Jom e-Bil Air Selangor di The Curve Piazza, Damansara di sini semalam.

Aliff Satar pada Pelancaran Karnival Jom e-Bil Air Selangor di The Curve, Damansara pada 18 Januari 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Sementara itu, pengguna Air Selangor, Nuradilah Mansor, 35, berkata aplikasi e-Bil membantu orang ramai menyemak pelbagai aktiviti akaun masing-masing.

“Jadi kita tidak perlu menunggu posmen menghantar bil sebaliknya bayaran terus boleh dibuat menerusi aplikasi tersebut,” katanya.

Manakala, Tan Mee Leng, 56, berkata dia akan menguar-uarkan kepada rakan atau jiran untuk berdaftar dengan e-Bil kerana ia sangat mudah.

“Saya dapat tahu berkenaan e-Bil melalui media sosial dan saya bercadang untuk menggalakkan lebih ramai berdaftar dan guna aplikasi ini,” katanya.


Pengarang :