Orang ramai berdiri berhampiran bangkai pesawat Ukraine yang mengorbankan semua penumpang dan anak kapal selepas terhempas berhampiran Lapangan Terbang Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini pada 8 Januari 2020. Foto AFP
AGENDA GLOBAL

Semua penumpang, anak kapal pesawat terhempas di Tehran disahkan maut

ANKARA, 8 JAN: Semua 167 penumpang dan sembilan anak kapal sebuah pesawat penumpang Ukraine yang terhempas berhampiran ibu kota Tehran pada awal pagi Rabu telah disahkan terkorban, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan seorang pegawai.

Angka korban sebelum ini diumumkan sebagai 170 penumpang dan 10 anak kapal, namun seorang jurucakap lapangan terbang kemudian memberikan jumlah terkini.

Pesawat jenis Boeing 737 milik sebuah syarikat penerbangan Ukraine itu terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini sejurus selepas berlepas, kata Pir Hossein Kolivand, pegawai kecemasan Iran.

Pesawat itu dalam perjalanan ke Kiev.


Pengarang :