Foto dimuatnaik ke sosial media pada 25 Januari 2020 menunjukkan suasana di Hospital Wuhan ketika pasukan perubatan menangani kes koronavirus. Foto Sumber: WEIBO/REUTERS
BERITA UTAMAGLOBAL

Seorang doktor di China maut ketika tangani koronavirus

BEIJING 25 JAN: Seorang doktor di hospital di wilayah Hubei, China disahkan maut dipercayai akibat jangkitan virus koronavirus, lapor Reuters.

Memetik Twitter China Global Television Network, Liang Wudong, 62, yang berkhidmat di Hospital Hubei Xinhua adalah antara doktor yang bertanggungjawab menangani kes wabak koronavirus yang bermula di Wuhan.

Sebelum ini Jabatan Kesihatan Wilayah Hubei mengesahkan 15 lagi kematian dan 180 kes baharu jangkitan koronavirus dikesan di wilayah itu.

Wabak yang bermula di Wuhan, ibu kota wilayah Hubei, mendorong China untuk meningkatkan langkah menyekat penularan virus termasuk menggantung pengangkutan awam di 10 bandar raya, menutup kuil sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina dan menutup sebahagian Tembok Besar.

Koronavirus yang baru dikenal pasti mencetuskan kebimbangan kerana tidak banyak diketahui mengenai virus ini seperti tahap bahayanya dan betapa mudah ia boleh disebarkan antara manusia.


Pengarang :