Mohd Khairuddin Othman. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Setiap DUN terima peruntukan infrastruktur sukan

SHAH ALAM, 29 JAN: Selangor memperuntukkan RM40,000 kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur sukan, kata EXCO sukan.

Mohd Khairuddin Othman berkata Kerajaan Negeri sentiasa memastikan semua infrastruktur berada dalam keadaan baik seiring matlamat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat.

“Kita mahu menyediakan lebih banyak infrastruktur sukan termasuk stadium mini serta menaik taraf padang bola dan futsal.

“Bagi merancakkan lagi budaya sukan, kita turut menyalurkan RM20,000 kepada setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menganjurkan Pesta Sukan Generasi Muda Selangor,” katanya kepada SelangorKini.

Mohd Khairuddin berkata bagi tempoh jangka panjang, Kerajaan Negeri mencadangkan perkongsian pintar antara PBT dan pihak swasta untuk membangunkan infrastruktur sukan.


Pengarang :