Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
PBTSELANGOR

Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan rai ulang tahun ketiga

SHAH ALAM, 8 JAN: Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan yang meraikan sambutan ulang tahun ketiganya bakal dianjurkan di Dataran Kemerdekaan di sini pada 12 Januari ini.

Inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi mempromosikan gaya hidup sihat dan mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida oleh kenderaan.

“Ini juga selaras hala tuju MBSA untuk menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon
menjelang 2030,” kata Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya Shahrin Ahmad.

Antara aktiviti dianjurkan:

– Larian Ulang Tahun Ke-3 Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan
– Berbasikal
– Senamrobik
– ‘Wall climbing’
– Klinik Frisbee
– Eco Free Market
– Shah Alam On Wheels
– Perpustakaan Bergerak
– Jualan pokok dan baja kompos

Berikut adalah penutupan jalan sepanjang program berlangsung (mulai 6.30 pagi hingga 9.30 pagi):

– Persiaran Bandar Raya (Dataran Kemerdekaan),
– Persiaran Perbandaran
– Persiaran Tasik
– Persiaran Masjid
– Persiaran Dato’ Menteri
– Persiaran Damai


Pengarang :