Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor.
AGENDAJENAYAH

Siasatan kes 17 individu ditahan bawah pengaruh dadah diserah kepada DPP

SHAH ALAM, 14 JAN: Siasatan lengkap tangkapan 17 individu termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) disyaki dibawah pengaruh dadah kelmarin akan diserah kepada timbalan pendakwa raya (DPP) untuk tindakan lanjut.

Menjurus kepada jenayah narkotik, timbalan ketua polis negara, ketika ini siasatan masih di peringkat awal, lapor Berita Harian.

“Sudah tentu kita akan siasat. Apabila semua dokumen ini lengkap, kita akan serah kepada DPP untuk dinilai dari sudut pendakwaan,” kata Datuk Mazlan Mansor pada Majlis Pelancaran Op Selamat 16/2020 sempena Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, semalam mengesahkan penahanan 17 individu yang sedang khayal dalam satu parti dadah di sebuah kondominium di Jalan Puchong, awal pagi kelmarin.

Serbuan dilakukan pada jam 4.40 pagi selepas menerima aduan bunyi bising.


Pengarang :