Sultan Oman Qaboos Said. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Sultan Oman meninggal dunia pada usia 79 tahun

ANKARA, 11 JAN: Sultan Oman Qaboos Said meninggal dunia pada usia 79 tahun Sabtu lalu, lapor agensi berita Anadolu.

Baginda pernah ke luar negara dua kali sejak 2014 untuk menjalani rawatan. Baginda pernah ke Belgium pada 7 Disember 2019 sebelum kembali semula pada 13 Disember pada tahun sama, memetik Agensi Berita Oman.

Baginda tidak melantik pengganti dan mengikut Perkara Enam Perlembagaan, keluarga diraja perlu bermesyuarat untuk menentukan penggantinya.

Andai tiada persetujuan dicapai dalam tempoh tiga hari, Majlis Keselamatan Negara, Presiden Mahkamah Agung dan ketua-ketua majlis penasihat akan membuka surat yang mengandungi nama yang diusulkan Sultan Qaboos untuk mengambil alih tampuk pemerintahan dan mengetuai negara.

Qaboos menjadi sultan sejak 1970.


Pengarang :