AGENSISELANGOR

Tekanan rendah jejas bekalan air di Klang, Kuala Selangor

SHAH ALAM, 11 JAN: Pengguna di Klang dan Kuala Selangor berdepan gangguan bekalan air serta tekanan rendah susulan penyusutan air terawat di beberapa kolam utama, kata Air Selangor.

Ketua Komunikasi Korporatnya berkata gangguan bekalan kuasa oleh Tenaga Nasional Berhad di Loji Rawatan Air Sungai Selangor satu hingga tiga menyebabkan henti tugas pada 11.10 pagi tadi.

“Kita sedang melakukan segala usaha bagi mempercepatkan proses pemulihan di kawasan terjejas dan mengemas kini maklumat gangguan dari semasa ke semasa untuk pengguna merancang penggunaan bekalan air harian,” kata Abdul Halem Mat Som dalam kenyataan.

Bagaimanapun, katanya bekalan elektrik kembali pulih dan loji beroperasi semula pada 1.30 petang.

Bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung gangguan air, orang ramai boleh merujuk aplikasi Air Selangor atau media sosial.

Berikut adalah kawasan terjejas:

1. Klang
-Kapar
-Teluk Gong
-Meru
-Pulau Indah
-Sebahagian Klang
-Pulau Ketam

2. Kuala Selangor
-Bandar Baru Kuala Selangor
-Pekan Kuala Selangor
-Sungai Buloh Jeram
-Bukit Cherakah
-Seluruh Bukit Kerayong
-Sungai Janggut
-Bukit Hijau
-Ijok
-Tambak Jawa Bukit Kuching
-Seluruh Sungai Sembilang
-Universiti Teknologi Mara Puncak Alam
-Parit Mahang

 


Pengarang :