Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menyaksikan penyerahan tongkat kuasa daripada Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (kiri) kepada Jeneral Tan Sri Affendi Buang, yang dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) baharu pada majlis serah terima tugas jawatan nombor satu ATM itu di Wisma Pertahanan, pada 2 Januari. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

TPM ucap tahniah kepada panglima baharu ATM

KUALA LUMPUR, 3 JAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada Jeneral Tan Sri Affendi Buang yang dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-21.

“Semoga Angkatan Tentera Malaysia terus mantap di bawah kepimpinan beliau,” katanya menerusi catatan di Twitter dan Facebook rasmi, hari ini.

Affendi, 57, menggantikan Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin yang bersara wajib pada Khamis.

Pelantikan beliau yang berkuat kuasa semalam disaksikan sendiri oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu pada majlis serah terima tugas jawatan nombor satu ATM itu di Wisma Pertahanan.

Affendi sebelum ini berkhidmat sebagai Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia sejak 21 Dis 2016.

-BERNAMA


Pengarang :