Pemain dan pegawai pasukan True Bangkok United meraikan kemenangan selepas dinobatkan sebagai juara Selangor Asia Challenge 2020 yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam tadi. Foto BERNAMA
AGENDA SUKANKINI

True Bangkok United juara Kejohanan Cabaran Asia 2020

SHAH ALAM, 20 JAN: Pasukan True Bangkok United FC muncul juara edisi pertama Kejohanan Cabaran Asia (SAC) 2020 apabila menewaskan Selangor 4-2 menerusi sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, di sini malam tadi.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga tamat perlawanan.

True Bangkok United FC muncul juara apabila Muhammad Zahril Azri Zabri dan Abdul Halim Saari gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Pasukan itu membawa pulang piala dan pingat yang disampaikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor.

Dalam satu lagi perlawanan, Persib Bandung menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Hanoi FC 2-0 melalui jaringan Puja Abdillah pada minit ke-18 dan Beni Oktovianto pada minit ke-38.

-BERNAMA


Pengarang :