Selangorkini
Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

Tumpu sektor perkhidmatan di Timur Tengah

SHAH ALAM, 23 JAN: Sektor perkhidmatan antara aspek akan diberi tumpuan dalam menggalakkan pelaburan dari negara Timur Tengah kerana berpotensi memacu ekonomi Selangor, kata EXCO pelaburan.

Dato’ Teng Chang Khim berkata industri terbabit menyumbang 60 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri berkenaan.

“Kita sebenarnya bergantung kepada bidang ini untuk memperkukuh ekonomi di Selangor,” katanya pada majlis menandatangani memorandum perjanjian antara Invest Selangor Berhad dan Malaysia Green Technology Corporation di sini semalam.

Beliau berkata Kerajaan Negeri juga akan mengembangkan industri halal ke wilayah itu memandangkan Malaysia antara negara terkenal dalam bidang berkenaan.

“Justeru, kita akan melihat cara memperluaskan perkhidmatan halal ke Timur Tengah dengan merancang program meningkat kebolehpasaran dan penerimaan di negara Islam” katanya.


Pengarang :