Seramai 53,135 lagi penduduk Britain diuji positif Covid-19 pada 29 Disember 2020 menunjukkan peningkatan baharu setiap hari. Foto AFP
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

UK kekal pilihan rakyat Malaysia sambung belajar

SHAH ALAM, 17 JAN: Kajian sebuah badan pemikir Singapura mendapati United Kingdom (UK) kekal menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk melanjutkan pengajian.

Sebanyak 31.3 peratus responden memilih negara Komanwel itu manakala 21.5 peratus memilih Amerika Syarikat (AS), lapor Malay Mail berdasarkan kaji selidik Negeri Asia Tenggara 2020 oleh ISEAS-Yusof Ishak Institute hari ini.

Sementara itu, Jepun dan Australia berkongsi kedudukan di tempat ketiga dengan 14.1 peratus.

Kaji selidik sama turut menunjukkan 29.3 peratus negara Asean memilih AS bagi pendidikan tinggi, UK (23.3 peratus) dan Australia (13.8 peratus).

“AS popular dalam kalangan enam negara Asean iaitu Singapura 41 peratus, Vietnam (38.1 peratus), Thailand (36.4 peratus), Filipina (32.1 peratus), Indonesia (26.3) peratus) dan Myanmar (25 peratus),” menurut badan pemikir itu.

Seramai 1,308 responden dari sepuluh negara Asean menyertai kaji selidik dengan 222 penyertaan dari Malaysia.


Pengarang :