Penjawat awam menerima bantuan khas kewangan RM700 menerusi Bajet 2022. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

1.5 juta penjawat awam laksana tugas seperti biasa

KUALA LUMPUR, 27 FEB: Seramai 1.5 juta penjawat awam di bawah pimpinan Perdana Menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad terus melaksanakan tanggungjawab seperti biasa.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali yang memuat naik status di media sosial baru-baru ini menyatakan komitmen tidak berbelah bahagi penjawat awam untuk terus melaksanakan tanggungjawab.

“Penjawat awam akan terus menjalankan tugas demi kepentingan rakyat dan negara. #KepercayaanUntukBerkhidmat #TrustToServe dan #Bekerjasepertibiasa,” katanya melalui hantaran di Twitter.

Kelmarin, Mohd Zuki mempengerusikan mesyuarat khas bersama ketua-ketua setiausaha kementerian bagi memastikan semuanya berjalan seperti biasa.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berjaya ‘meredakan’ situasi politik semasa negara apabila bertitah akan mencari penyelesaian terbaik menangani perkara itu.

Baginda menemu bual semua ahli parlimen mulai Selasa, selaras Perkara 43 (2) (a) yang menyatakan Agong akan melantik seorang anggota Dewan Rakyat sebagai perdana menteri yang mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.


Pengarang :