Orang ramai membeli ikan segar murah pada Program Jualan Murah Ikan Segar anjuran Pusat Khidmat Sungai Kandis di Padang Rakyat Jalan Kebun pada 9 Februari 2020.
ADNSELANGOR

1,000kg ikan murah habis dijual dalam dua jam

SHAH ALAM, 10 FEB: Program Jualan Murah Ikan Segar anjuran Pusat Khidmat Sungai Kandis yang julung kali diadakan semalam mendapat sambutan menggalakkan apabila 1,000 kilogram ikan segar habis dijual dalam tempoh dua jam.

Ahli Dewan Negerinya berkata jualan di Padang Rakyat Jalan Kebun menawarkan ikan sardin, cencaru dan mabong dengan harga RM7 sekilogram.

“Kita mahu membantu penduduk mendapatkan gizi makanan terbaik untuk keluarga dengan harga yang terjangkau dan sambutan di luar jangka,” kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Menurutnya, program akan diteruskan di kawasan penduduk berpendapatan rendah seperti Johan Setia, Bandar Putera 2, Kampung Bukit Naga, Bandar Putera, Kampung Sungai Kandis, Teluk Menegun, Kampung Jawa dan Andalas.


Pengarang :