Ng Sze Han bercakap kepada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Selangor Bil. 1/2020 di Ibu Pejabat MBPJ, Petaling Jaya pada 18 Februari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN
EXCOSELANGOR

1,278 kes paip pecah direkodkan

PETALING JAYA: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) merekodkan 1,278 kes paip pecah antara 2017 hingga 2019 disebabkan kecuaian kontraktor, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata insiden tersebut tidak akan berlaku jika pihak yang melaksanakan projek pembangunan lebih berhati-hati di sekitar jajaran paip.

“Bagi mengawal isu ini pihak berkuasa tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengarahkan kontraktor berhenti melakukan kerja sekurang-kurangnya 30 hari.

“Klausa tambahan arahan pemberhentian sementara akan dimasukkan dalam permit kerja bermula 1 Mac ini,” katanya selepas menghadiri mesyuarat bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini.

Sze Han berkata, kawasan merekodkan kes tertinggi dalam tempoh tiga tahun terdahulu adalah di Gombak membabitkan 483 kes, Petaling (225) dan Kuala Lumpur (221).


Pengarang :