Sebahagian sampah yang berjaya dikutip di Pantai Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam menerusi Program ‘Save Our Sea’ anjuran Jabatan Perikanan Selangor pada 22 Februari lalu.
BERITA UTAMASELANGOR

181.6kg sampah dikutip di Pantai Bagan Nakhoda Omar

SHAH ALAM, 24 FEB: Sejumlah 181.6 kilogram sampah berjaya dikutip di Pantai Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam menerusi Program ‘Save Our Sea’ anjuran Jabatan Perikanan Selangor pada 22 Februari lalu.

Pengarahnya Abdul Rahman Abdul Wahab berkata tujuh orang penyelam turut terlibat membersihkan tukun berhampiran kelong rekreasi memancing di situ.

“Antara yang berjaya dikutip ialah ‘pukat hantu’ ia wujud akibat perbuatan membuang pukat lama dan koyak ke laut sesuka hati.

“Ia bukan saja berisiko memerangkap hidupan marin malah mampu membunuh terumbu karang yang menjadi sumber makanan dan pembiakan ikan,” katanya yang memberitahu 50 pokok bakau turut ditanam di perairan pantai sekali gus menghalang hakisan pantai.

Program turut mendapat kerjasama ahli myKomuniti Perikanan, pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar dan Renjer Perhutanan Daerah Kuala Selangor/Sabak Bernam.


Pengarang :