Kakitangan Mais melafazkan Ikrar Bebas Rasuah semasa perhimpunan warga kerjanya pada 15 Februari lalu. Foto ihsan Mais
AGENSISELANGOR

200 kakitangan Mais lafaz Ikrar Bebas Rasuah

SHAH ALAM, 16 FEB: Seramai 200 pegawai Majlis Agama Islam Selangor (Mais) melafazkan Ikrar Bebas Rasuah pada perhimpunan warga kerja organisasi itu di Dewan Auditorium Sirim, di sini semalam.

Lafaz ikrar dipimpin Ketua Audit Mais Zaharuddin Salim diikuti pengurusan tertinggi dan pegawai.

“Usaha ini membuktikan Mais komited menyahut seruan kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi memastikan kakitangannya sentiasa menjaga integriti, jujur, amanah serta bebas rasuah,” kata Setiausahanya Dr Ahmad Shahir Makhtar dalam kenyataan.

Beliau turut mengingatkan semua pegawai supaya mengutamakan penghasilan program kerjasama antara agensi agama Islam dan anak syarikat Mais, selain mendukung pelaksanaan pelan berkenaan.

Turut diadakan dalam majlis itu, Taklimat Pelan Strategik Mais 2020-2024 dan Taklimat Sistem Kehadiran Biometrik Timekeeper, pengumuman kenaikan pangkat serta penyampaian tajaan Mais bagi kakitangan terpilih untuk menyempurnakan ibadah haji.


Pengarang :