Sebuah agensi pelancongan nafi dakwaan yang tular di media sosial ratusan warga China tiba di Langkawi lari daripada wabak. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

26 kertas siasatan berita palsu Covid-19 dibuka

KUALA LUMPUR, 14 FEB: Polis membuka tiga lagi kertas siasatan berhubung penyebaran berita tidak sahih mengenai jangkitan koronavirus 2019 (Covid-19) di media sosial, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 26 kes.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Risikan dan Operasi) Datuk Mohd Roze Shaari berkata tiga laporan kes baharu yang diterima pihaknya ialah di Kuching dan Miri di Sarawak serta satu kes di Temerloh, Pahang.

“Tiga kes berkaitan berita palsu akan dituduh di mahkamah masing-masing di Kuala Lumpur, Terengganu dan Sabah.

“Penularan berita ini dilihat serius, saya menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi sebarang kenyataan ataupun artikel tidak sahih berkaitan jangkitan virus itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

– BERNAMA


Pengarang :