AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

57 kawasan di Gombak alami gangguan air hari ini

SHAH ALAM, 7 FEB: 57 kawasan di Gombak mengalami gangguan bekalan air hari ini susulan paip pecah di Rumah Pam Hulu Kelang.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dalam kenyataan berkata kerja baik pulih dijangka siap jam 6.30 petang ini.

“Paip pecah ini menyebabkan penurunan air ke paras 0.72 meter di Kolam Air Madonna berbanding paras normal empat meter dan bekalan air disalurkan semula secara berperingkat selepas paras kolam ditingkatkan ke paras normal.

“Pihak Air selangor mengaktifkan pelan tindakan kecemasan dan menggiatkan bantuan kepada pelanggan terjejas menerusi 25 lori tangki air dan dua tangki jumbo,” katanya.

Pengguna juga dinasihatkan mendapatkan bantuan air kecemasan di Pusat Khidmat Setempat bertempat di AEON Big Ampang, Taman Dagang Permai, 68000 Ampang (koordinat GPS: 3.141065, 101.779456) dibuka bermula jam 9.30 pagi.


Pengarang :