Pengurus Besar Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad Mohamad. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

8,000 sertai Selangor Marathon 2020

SHAH ALAM, 27 FEB: Lebih 8,000 sertai Selangor Maraton 2020 selama dua hari pada 22 Februari lalu di Litar Antarabangsa Sepang, kata pengurus besar Tourism Selangor.

Azrul Shah Mohamad berkata peserta terdiri dalam kalangan rakyat Malaysia dan luar negara yang pernah merasai keseronokan menyertai marathon ini sebelum ini.

Katanya, Selangor Maraton tahun ini adalah acara rasmi Kerajaan Negeri dan disokong Tourism Selangor.

“Penganjuran acara ini bagi mempromosi kempen Tahun Melawat Sepang 2020 serta inisiatif Kerajaan Negeri menggalakan amalan gaya hidup sihat.

“Acara ini juga diharap menjadi momentum menarik sasaran lapan juta pelancong sehingga Kempen Melawat Selangor 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selangor Maraton 2020 membabitkan kategori penyertaan 21 kilometer (km) dan 42km, acara ‘Fun Run’ (10km dan 5km) dan menariknya turut dibuka kategori khusus kepada kanak-kanak dengan jarak 2km.

Turut hadir memeriahkan acara Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Pelek Ronnie Liu Tian Khiew dan ADN Dengkil Adhif Syan Abdullah.


Pengarang :