Michelle Ng Mei Sze (tengah) di laluan susur gajah SMK Subang Jaya pada sidang media projek kecil sekolah Dun Subang Jaya pada 3 Februari 2020. Foto FILZAH YAMAL/ SELANGORKINI
ADNSELANGOR

ADN salur RM19,994 baik pulih susur gajah sekolah

SUBANG JAYA, 3 FEB: Ahli Dewan Negeri Subang Jaya menyalurkan peruntukan RM19,994 bagi membantu kerja baik pulih laluan susur gajah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Jaya yang rosak sejak dua tahun lepas.

Michelle Ng berkata laluan berbumbung sepanjang 68 meter yang menghubungkan antara bangunan sekolah sebelum ini sudah reput dan dimakan anai-anai.

“SMK Subang Jaya dibina pada 1985 dan merupakan sekolah tertua di sini sekali gus memerlukan banyak proses naik taraf infrastruktur termasuk dewan dan juga tembok.

“Pihak saya sudah membuat permohonan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia supaya menyalurkan peruntukan (naik taraf dewan dan tembok) buat sekolah, semoga dengan kerja baik pulih ini mendatangkan rasa lebih semangat kepada guru, kakitangan serta pelajar,” katanya pada sidang media di SMK Subang Jaya di sini hari ini.

Hadir sama pengetuanya, Mohd Zailani Othman dan Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Nasarudin Ibrahim.


Pengarang :