Tun Dr Mahathir Mohamad melambai ke arah media selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 24 Februari 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Agong berkenan lantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim

SHAH ALAM, 24 FEB: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri interim.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan berkata pelantikan itu sementara menunggu Perdana Menteri baharu mengangkat sumpah selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Bagaimanapun, baginda berkenan untuk melantik beliau sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri baharu,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan Dr Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga lantikan baharu dibuat dan Kabinet dibentuk.

Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan pengerusi Bersatu.


Pengarang :