Selangorkini
Foto yang diambil pada 5 Februari 2020 menunjukkan pesakit ditempatkan di pusat pameran yang diubah menjadi hospital susulan peningkatan kes koronavirus di Wuhan, China. Foto AFP
AGENDA BERITA UTAMA GLOBAL

Angka korban Covid-19 lepasi 1,600 orang

SHAH ALAM, 16 FEB: Jumlah kematian akibat Covid-19 di China melonjak kepada 1,665 orang hari ini selepas 142 nyawa lagi dilaporkan terkorban.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, terdapat 2,009 kes baharu dicatatkan di seluruh negara dengan 1,843 kes di wilayah Hubei, tempat asal wabak dikesan pada Disember lalu, lapor The Straits Times.

Seramai 68,500 orang dijangkiti, kata suruhanjaya kesihatan negara, dengan kebanyakan kematian berlaku di Hubei.

Sementara itu, sejumlah 9,419 pesakit dibebaskan dari hospital selepas pulih sepenuhnya.

Perancis melaporkan kematian pertama akibat Covid-19 di luar Asia pada Sabtu, yang membangkitkan kebimbangan global mengenai wabak itu.


Pengarang :