Orang ramai memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan berikutan wabak koronavirus 2019 bermula di Wuhan, berjalan kaki di Pelabuhan Shenzhen Hong Kong pada 8 Februari 2020. Foto AFP
AGENDA GLOBAL

Angka korban Covid-19 meningkat kepada 1,110 orang

BEIJING, 12 FEB: Empat lagi angka kematian koronavirus 2019 atau nama rasminya Covid-19 direkodkan di China hari ini menjadikan jumlah korban keseluruhan meningkat kepada 1,110 orang.

Wilayah Hubei lokasi bermulanya wabak itu merekodkan 94 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa mati di wilayah itu 1,068 orang, lapor The Straits Times.

Dalam kemas kini hariannya, Suruhanjaya Kesihatan Hubei juga mengesahkan 1,638 mangsa jangkitan baharu di wilayah itu menjadikan jumlahnya 33,366.

Angka korban Covid-19 terus berlaku ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran tentang ancaman yang ditimbulkan virus itu  dan disifatkan berpotensi menjadi lebih buruk daripada ancaman penganas.

Dunia mesti “bangkit dan isytihar virus ini sebagai musuh nombor satu”, kata ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Penasihat perubatan China mengenai wabak itu, Dr Zhong Nanshan pula berkata bilangan kes baharu menurun di sesetengah wilayah sebelum kembali memuncak bulan ini.

Nanshan meramalkan Covid-19 berakhir April ini.


Pengarang :