Foto yang diambil pada 24 Januari 2020 menunjukkan anggota polis dan pengawal keselamatan di luar Pasar Borong Makanan Huanan, tempat asal koronavirus dikesan di Wuhan. Foto AFP
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Angka korban koronavirus di China meningkat kepada 1,016

BEIJING, 11 FEB: Angka korban koronavirus 2019 di China meningkat kepada 1,016 hari ini dengan wilayah Hubei merekodkan 103 kematian baru.

Dalam kemas kini harian Suruhanjaya Kesihatan, Hubei mengesahkan terdapat 2,097 kes baru menjadikan lebih 42,600 orang dikesan dijangkiti koronavirus di republik itu, lapor The Straits Times.

Presiden Xi Jinping menyeru lebih banyak langkah tegas dilaksanakan bagi menangani wabak yang bermula hujung tahun lalu, lapor AFP.

Virus tersebut dipercayai bermula di pasar menjual haiwan liar di ibu kota Hubei Wuhan

Sementara itu, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran terdapat kes “contoh membimbangkan” dengan pesakit yang tiada sejarah lawatan ke China.

Britain pada Isnin lalu merekodkan lapan kes dan kerajaannya memberi amaran penularan wabak koronavirus ialah “ancaman segera dan serius”.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pula meramalkan wabak itu akan berakhir pada April ini susulan cuaca panas.


Pengarang :