Dato’ Seri Amirudin Shari melawat ruang pameran berkaitan perancangan pembangunan selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor (Penggantian) 2035 berlangsung di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 3 Februari 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Automotif, perkhidmatan dan eko pelancongan bangunkan Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 3 FEB: Kerajaan Negeri akan membangunkan tiga kluster di daerah ini yang akan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi penduduk setempat, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, fokus utama pembangunan di Hulu Selangor adalah mewujudkan kluster industri automotif, industri perkhidmatan dan
eko pelancongan menjelang 2035.

“Saya percaya dan mengharapkan kewujudan pemain industri seperti Perodua, UMW Aerospace, Tan Chong Motor Holdings dan pelbagai lagi di Hulu Selangor.

“Menerusi pelbagai inisiatif infrastruktur, saya yakin daerah ini akan lebih dinamik serta menjadi destinasi pilihan, pusat operasi dan pusat pengeluaran berskala besar,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 di Kuala Kubu Bharu, hari ini.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri juga akan mengekalkan kawasan hijau yang meliputi 50 peratus keluasan daerah, sekali gus menjadi destinasi pelancongan.


Pengarang :