PBTSELANGOR

Bayar segara cukai taksiran, elak caj tambahan – MBPJ

SHAH ALAM, 10 FEB: Pemegang harta di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) digesa menjelaskan cukai taksiran masing-masing sebelum 29 Februari ini bagi mengelakkan caj tambahan dikenakan, kata datuk bandarnya.

Dato’ Mohd Sayuthi Bakar berkata MBPJ mengeluarkan 273,434 bil cukai berkenaan kepada penduduk bagi penggal pertama ini (Januari hingga Jun) melalui perkhidmatan pos.

“Ia membabitkan jumlah cukai semasa dan tunggakan sebanyak RM189 juta,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pemunya harta yang masih belum menerima bil boleh hadir ke Jabatan Perbendaharaan di ibu pejabat MBPJ untuk mendapatkan salinan dan menjelaskan bayaran.

Bayaran juga boleh dijelaskan di kaunter bergerak EZ-Pay, secara dalam talian, laman web MBPJ, bank yang terpilih, pejabat pihak berkuasa tempatan serta pejabat tanah dan daerah negeri.


Pengarang :