AGENDANASIONAL

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR, 24 FEB: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PAKATAN) umum Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Katanya keputusan itu dicapai Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dalam mesyuarat khas yang diadakan semalam.

“Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti Bersatu juga dengan ini keluar Pakatan Harapan. Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

– BERNAMA


Pengarang :