Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin (tengah) menunjukkan surat rayuan supaya tiada penangguhan Sukan Para Asean 2020 ketika sidang media di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik pada 21 Disember 2019. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Bincang tarikh baharu Sukan Para Asean Filipina

SHAH ALAM, 18 FEB: Majlis Paralimpik Malaysia mahu bertemu ’empat mata’ dengan Persekutuan Sukan Para Asean bagi membincangkan tarikh acara yang bakal berlangsung di Filipina, kata presidennya.

Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata pihaknya lebih selesa jika sukan dwitahunan itu dianjurkan selepas Aidilfitri berbanding cadangan jawatankuasa penganjur pada 17 atau 26 Mei ini, lapor Berita Harian.

“Itu yang mereka (jawatankuasa) cadangkan dan kami mahu berbincang supaya sembilan negara Asean lain dapat menentukan tarikh sesuai,” katanya.

Jawatankuasa Penganjur Sukan Para Asean Filipina menunda tarikh sukan tersebut dari 18 hingga 24 Januari kepada 20 hingga 28 Mac atas alasan kekurangan bajet dan kelewatan pengeluaran dana daripada suruhanjaya sukan negara itu.

Tarikh temasya turut ditunda kali kedua susulan wabak Covid-19.


Pengarang :