MPSJ memulakan tindakan menyaman penghuni enggan membayar caj penyelenggaraan bangunan.
PBTSELANGOR

Caj selenggara pangsapuri, MPSJ heret penghuni ke mahkamah

SHAH ALAM, 13 FEB: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negeri ini memfailkan saman ke atas pemilik pangsapuri yang tidak menjelaskan caj penyelenggaraan bangunan, kata timbalan pengarah jabatan korporat dan pengurusan strategiknya.

Azfarizal Abdul Rashid berkata, saman itu difailkan mengikut Seksyen 123 Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) ke atas empat penghuni di Pangsapuri Putrawalk di Seri Kembangan.

“MPSJ akan meneruskan tindakan mahkamah ke atas penghuni yang enggan menjelaskan caj penyelenggaraan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, tindakan ini diharap boleh mendidik pemilik berstrata bawah pentadbirannya menunaikan tanggungjawab membayar hutang kepada Badan Pengurusan Bersama atau Perbadanan Pengurusan Pangsapuri.

“Caj selenggara bangunan diperlukan untuk Badan Pengurusan Bersama menguruskan kediaman berstrata dengan lebih baik,” katanya.


Pengarang :