Pegawai perubatan dan pekerja menyusun katil di hospital sementara Wuhan, China bagi menerima pesakit Covid-19 pada 5 Februari 2020. Foto AFP
AGENDABERITA UTAMAGLOBAL

Covid-19 catat 52 kematian baharu, angka korban cecah 2,715

SHAH ALAM, 26 FEB: China melaporkan 52 kematian baharu susulan wabak Covid-19, menjadikan angka korban yang maut setakat ini ialah 2,715 orang.

Suruhanjaya Kesihatan Negara berkata kesemua kematian dilaporkan di wilayah Hubei, yang menyumbang 401 daripada 406 jangkitan baharu hari ini, lapor The Straits Times.

Semalam, 2,422 orang lagi dibebaskan dari hospital selepas pulih sepenuhnya.

Sejumlah 29,745 pesakit dijangkiti wabak dibenarkan keluar dari hospital setakat ini, menurut suruhanjaya itu.

Sementara itu, Korea Selatan melaporkan 169 jangkitan baharu dengan keseluruhan 1,146 kes setakat ini, antara jumlah tertinggi selain China.


Pengarang :