Foto yang diambil pada 3 Februari 2020 menunjukkan seorang doktor melihat imej CT paru-paru semasa membuat rondaan di sebuah zon kuarantin di Wuhan, China. Foto AFP
AGENDABERITA UTAMAGLOBAL

Covid-19: Jumlah kematian cecah 1,765 orang

SHAH ALAM, 17 FEB: Angka korban susulan Covid-19 di China meningkat kepada 1,765 orang hari ini, selepas wilayah Hubei melaporkan 1,933 kes baharu dan 100 kematian tambahan.

Sekurang-kurangnya 70,400 orang dijangkiti wabak di seluruh negara, lapor The Straits Times.

Suruhanjaya Kesihatan Hubei berkata jumlah kes di wilayah itu mencecah 58,182 setakat semalam dengan 1,696 kematian dilaporkan.

Jumlah kes baharu meningkat hampir lima peratus dari hari sebelumnya, namun jumlah kematian turun berbanding kelmarin.

Hampir 90 peratus daripada kes baharu berada di ibu kota Hubei iaitu Wuhan, tempat asal penularan virus. Wuhan menyumbang 71 peratus kes jangkitan dan 77 peratus kematian.

Wilayah itu dituduh gagal menangani wabak tersebut dari awal, yang menyebabkannya tersebar di seluruh negara.


Pengarang :