ADN Sementa, Dr Daroyah Alwi bersama Timbalan Yang Dipertua MPK , Elya Marini Darmin menyerahkan bantuan kepada keluarga Wahid Shafie pada Program Jelajah MPK Care di Kampung Sementa, Klang pada 26 Februari 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

DUN Sementa bawa doktor rawat pesakit kurang mampu

KLANG, 26 FEB: Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa melaksanakan Program Ziarah Medik bagi membantu golongan kurang berkemampuan yang mempunyai masalah kesihatan, kata Ahli Dewan Negerinya.

Dr Daroyah Alwi berkata pihaknya dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Klang akan berkunjung ke rumah pesakit untuk memberi pemeriksaan kesihatan percuma selain khidmat nasihat.

“Kadang-kadang golongan kurang berkemampuan tidak mahu ke klinik disebabkan pelbagai faktor, jadi pada program ini saya bawa doktor, jururawat dan ahli fisioterapi ke rumah mereka.

“Jika pesakit itu memerlukan rawatan lanjut kita akan bantu mereka untuk proses seterusnya,” katanya selepas menghadiri ‘Jelajah Majlis Perbandaran Klang (MPK) Care’ di sini hari ini.

Dr Daroyah berkata Program Ziarah Medik dilaksanakan bagi memastikan pesakit terus positif untuk meneruskan kehidupan selaras dengan gagasan Smart State yang mahu mensejahterakan kebajikan penduduknya.


Pengarang :